Photobucket

Monday, October 31, 2011

Kalau dah Haram..hukumnya tetap haram

Hmm..ari ni tergerak hti plak nak tulis tentang suatu minuman haram yang bleh dkatakan najis atau air kencing syaitan laknatullah..iaitu ARAK atan ALKOHOL(adik beradik kandung latu)..Arak??ape bendanyetu..Arak adalah sejenis minuman yang memabukkan dan haram diminum bagi semua umat Islam(tpi byak je org Islam yang minum) so,post kali ni nak cite pasal Arak ni yang mmg haram tpi sering dianggap takharam oleh segelintir org..hrp2 post kali ni dpt beri pengajaran kepada..sya dan semuanya...

...............................................................................................................................................................
Di satu pagi yang indah di mana burung-burung berkicauan dgn riang dan sungai mengalir dgn tenangnya(sungai perak latu)..nmun keindahan  itu tidak dapat mnyelesaikan kekeliruan yang melanda jejaka tampan ini,Iskandar.Lalu dia dgn yakin dan over confident telah pergi berjumpa ustaznya yang dianggap pling baik antara benua untuk menyelesaikan masalah yng kian bersarang di otaknya mcm sarang labah-labah(ape mrapu punye aytla, mukaddimah baru)

Dialog bermula:

Iskandar:Assalamualaikum ustaz.

Ustaz:Waalaikummussalam. Is kenape ni monyok je..plik tibe-tibe je dtg jumpe sye ni?Ada perkara yang nak dibincangkan ke?

Ikandar:Tula ustaz memang ade hal pun..tak tau la camna ceq nak mula ni(tu dia kluaq bahasa utara)

Ustaz:Ape hal pulak ni,ce cite,ce cite(kata ustaz smbil wat gye usop wheelchair)

Iskandar:Okla camni la ustaz, nak tnye ni, arak tu haram ke??

Ustaz:La Iskandar, berbuih mulut sye duk ckp dlm kelas ari tu yang Arak tu haram, skarang ni tnye blik..

Iskandar:Hmm..ape sbbnye arak tu haram?

Ustaz:Arak haram sebab minuman tu memabukkan.Ingattak kisah yang sye cite haritu.Pasal seorang ahli ibadah yang berzina,membunuh dan akhirnya murtad sebab minum arak.Arak tu punca kejahatan.Sebab arak, hilang keawarasan akal manusia untuk berfikirKalau dah tak boleh fikir dengan waras, macam mana nak buat ibadah.Jdi sebab tu la arak tu diharamkan.Bayak buruk daripada baiknye(takde baikpun sebenarnye arak tu).

Iskandar:Oh..ok2.Tpi kan.

Ustaz:Ha tapi ape lagi.

Iskandar:Kalau minum sikit je, secawan boleh tak ustaz bukan mabukpun.Haram jugak ke?

Ustaz:Macamnilah.Arak tu kan haram, sikit mne pun minum tetap haram.Arak tu diangap najis dan air kencing syaitan, awak nak minum air kencing?Hehe gurauje.Okla contonye,sya ambik air kencing anak sye yang kcik tu secawan.Njis tu kan.Pastu saye kasi awak,awak nak minum ke.Pastu sye cakap ala segelasje tak jadi ape-ape lah.Awak nak minum.

Iskanadar:Eee..taknakla kotor tu.

Ustaz:Tau pun.hehe

Iskandar:Tpi kalau saya ambik arak tu tak byak pun.Sya tuang setitik dalam air masak pastu minum.Hram jugak ke?

Ustaz:Ha pastu sya plak ambil setitik air kencing tadi letak dalam air.Kacau sehingga sebati, kasi awak minum.Awak nak?

Iskandar:Mestila taknak.

Ustaz:Kenapa?

Iskandar:Air tu dah jdi najisla ustaz.

Ustaz:Ha tau pun.Same la macam arak, setitikke,setengh titikke yang haram tetap haram.Yang kotor tetap kotor.Yang haram walau cmpur dgn yang halalpun tetap haram.Faham dah skarang.

Iskandar:Alhamdulillah.Nasib baik dah faham.Tula haritu sya confuse tpi skarang dah faham dah.Terima ksih ustaz takdela berserabut kepala sya lgi.hehe

Ustaz:Yela sama-sama.Lgi pun bagus jugak awak tanye daripada terus dalam dilema.(cewah ayat)

Iskandar:Oklah ustaz sye mintak diri dulu.Assalamualaikum

Ustaz:Waalaikummussalam.

-TAMAT-

p/s:pasal air kencing cmpur air masak tu.Jangan cuba  kat rumah.Don't try this at home.Sekian semoga jadi pengajaran dan bukak minda pembaca.Assalamualaikum.-Annisa'

Monday, September 26, 2011

Ujian Allah Dajjal

Detik-detik Pemergian Rasulullah

Empayar Turki Uthmaniyyah


Empayar Turki Uthmaniyyah

Untuk rencana utama: sila lihat Empayar Turki Uthmaniyyah

Kerajaan Bani Abbasiyyah


Kerajaan Bani Abbasiyyah

Untuk rencana utama: sila lihat Kerajaan Bani Abbasiyyah

Kerajaan Bani Umaiyyah


Kerajaan Bani Ummaiyyah

Untuk rencana utama: sila lihat Kerajaan Bani Ummaiyyah

Perkambangan Islam dan Kerajaan Khulafa Al-Rasyidin


Perkembangan Islam

Semenanjung Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani UmmaiyyahKerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

Khulafa al-Rasyidin

Untuk rencana utama: sila lihat Khulafa al-Rasyidin
  • 632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah.Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
  • 633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
  • 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
  • 635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.
  • 636M- Penaklukan SyriaMesopotamia, dan Palestin.
  • 637M- Mesir ditawan.
  • 638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
  • 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
  • 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
  • 645M- Kempen di Afrika UtaraCyprus ditakluk.
  • 646M- Kempen menentang Byzantine.
  • 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
  • 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
  • 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
  • 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke KufahPerang Siffin meletus.
  • 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
  • 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
  • 661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dll.