Photobucket

Monday, February 28, 2011

Apa Itu Islam??

Sahabat saya ingin bertanya kpd kalian jika seseorg bertnya kpd kalian sebegini

Adakah kamu seorang Islam?

Apakah yg akan teman2 jawab
Adakah dgn yakin para sahabat akan menjawabnya 

Ya sudah tentu saya adalah org Islam.

Lalu sekiranya ditanya lagi 

Apa itu Islam??
Apa bezanya dengan agama Islam dgn agama yg lain dan apa istimewanya?

Lalu apa yg akan sahabat2 jawab dan dptkah kalian menjawabnya
Ya mungkin sebahagian sahabat dpt menjawabnya tetapi adakah semuanya dapt menjawab??
Dn pada yg dpt menjawab yakinkah jawapan yg teman berikan itu tepat dan mempunyai dalil yg kukuh bagi menyokong jawapan sahabat...

Sahabat pernahkan kalian terfkir adakah kita ini benar-benar layak dipanggil Islam?
Ada ramai org yg mengakui dirinya Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupannya..
Tetapi dia ttp digelar Islam..
Adakah para sahabat ingin menjadi seperti golongan ini?
Golongan yg hanya digelar Islam atas dasarnya saja tetapi  tidak mengetahui apa- apapun mengenai Islam
Atau sahabat memilih untuk menjadi org yg digalar Islam dlm erti kata yg sebenarnya disamping kalian mengamalkan cara hidup Islam dlm kehidupan teman2..

Sesungguhnya walau apapun pilihan kalian semunya terletak dtangn teman2 sendiri..
kerana sahabat sendiri yg menetukan hidup kalian masing2..
Tetapi tidak malukah kita ini digelar Islam tetapi apabila ditanya APA ITU ISLAM??kita terpinga-pinga tidak tau menjawabnya..

Sahabat disini saya utarakan maksud sebenar Islam itu..

APAKAH ITU ISLAM??
PENGERTIAN ISLAM

Dari sudut bhs, islam berasal drpd perkataan arab, iaitu salima yg bermaksud selamat dan sentosa atau kedamaian, ia juga bermaksud menyerah diri, tunduk, patuh dan taat. Mengikut istilah atau syara’ ialah patuh dan menyerah diri kpd Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. Islam juga distilahkan peraturan hidup yang mengatur hidup dan kehidupan manusia.

Definisi Islam juga dpt difahami ketika jibril dtg bertanya
Rasulullah tentang Islam:

“Ceritakan padaku (wahai muhammad) tentang islam”
Rasulullah menjawab “Engkau mengaku bhw tiada Tuhan
melainkan Allah Muhammmad ialah hamba dan pesuruh-Nya,
mendirikan solat, mengeluarjkan zakat, puasa bulan
ramadhan dan menunaikan haji ke baitullah jika engkau
mampu”


Secara mudahnya:

PENGERTIAN ISLAM

Mentauhidkan Allah, Tunduk dan Patuh KepadaNya serta menunaikan semua ajaran yang dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W.

Disini saya sertakan juga rukun Islam:

RUKUN ISLAM

1.  Mengucap dua kalimah syahadah.
2.  Sembahyang lima waktu sehari semalam.
3.  Berpuasa sebulan bulan Ramadhan.
4.  Mengeluarkan zakat.
5.  Menunaikan fardhu haji bagi yang berkemampuan.

Diharap para sahabat sekalian mengamalkan dan melakukan semua rukun Islam ini jika sahabat ingin benar-benar layak digelar sebagai org |ISLAM|

Wednesday, February 2, 2011

Umat Nabi Muhammad S.A.W

Kabul Akhbar berkata:Sesungguhnya Allah telah memuliakan umat ini dgn tiga macam kemuliaan yang telah diberikan kepada para-para nabi:

1-Allah menjadikan tiap nabi sebagai saksi atas umat nya,dan umat ini dijadikan saksi atas semua manusia.
2-Allah berfirman kepada rasul:Hai para Rasul,makanlah kmu dan yg baik-baik (halal) dan beramal solehlah.Juga Allah berfiman kapeda umat ini:Hai org-org yg beriman,makanlah kamu dari yg halal dan apa yg telah aku berikan kepada kamu.
3-Tiap nabi mempunyai doa yg mustajab dan Allah berfiman kepada umat ini:Berdoalah kmu dan aku akan menerimanya untuk kamu.

 Juga Allah telah memuliakan umat ini(Muhammad S.A.W) dengan lima kemuliaan:

1-Allah menjadikan mereka lemah supaya tidak sombong
2-Mereka dijadikan kecil-kecil supaya tidak memberatkan belanja makan minum dan pekerjaan
3-Menjadikan usia mereka pendek supaya kurang dosa mereka
4-Menjadikan fakir miskin supaya meringankan hisab mereka diakhirat
5-Menjadikan mereka umat yg terakhir supaya tidak lama tinggal dalam kubur.

Wallahualam...

Tuesday, February 1, 2011

BATU-BATU YANG ANEH




Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah mengatakan :
· "Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)
Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :
· "Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahwa aku bersumpah bahwa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."
Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu jyga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana saja dia pergi.
Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :
· "Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."
Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.