Photobucket

Monday, February 28, 2011

Apa Itu Islam??

Sahabat saya ingin bertanya kpd kalian jika seseorg bertnya kpd kalian sebegini

Adakah kamu seorang Islam?

Apakah yg akan teman2 jawab
Adakah dgn yakin para sahabat akan menjawabnya 

Ya sudah tentu saya adalah org Islam.

Lalu sekiranya ditanya lagi 

Apa itu Islam??
Apa bezanya dengan agama Islam dgn agama yg lain dan apa istimewanya?

Lalu apa yg akan sahabat2 jawab dan dptkah kalian menjawabnya
Ya mungkin sebahagian sahabat dpt menjawabnya tetapi adakah semuanya dapt menjawab??
Dn pada yg dpt menjawab yakinkah jawapan yg teman berikan itu tepat dan mempunyai dalil yg kukuh bagi menyokong jawapan sahabat...

Sahabat pernahkan kalian terfkir adakah kita ini benar-benar layak dipanggil Islam?
Ada ramai org yg mengakui dirinya Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupannya..
Tetapi dia ttp digelar Islam..
Adakah para sahabat ingin menjadi seperti golongan ini?
Golongan yg hanya digelar Islam atas dasarnya saja tetapi  tidak mengetahui apa- apapun mengenai Islam
Atau sahabat memilih untuk menjadi org yg digalar Islam dlm erti kata yg sebenarnya disamping kalian mengamalkan cara hidup Islam dlm kehidupan teman2..

Sesungguhnya walau apapun pilihan kalian semunya terletak dtangn teman2 sendiri..
kerana sahabat sendiri yg menetukan hidup kalian masing2..
Tetapi tidak malukah kita ini digelar Islam tetapi apabila ditanya APA ITU ISLAM??kita terpinga-pinga tidak tau menjawabnya..

Sahabat disini saya utarakan maksud sebenar Islam itu..

APAKAH ITU ISLAM??
PENGERTIAN ISLAM

Dari sudut bhs, islam berasal drpd perkataan arab, iaitu salima yg bermaksud selamat dan sentosa atau kedamaian, ia juga bermaksud menyerah diri, tunduk, patuh dan taat. Mengikut istilah atau syara’ ialah patuh dan menyerah diri kpd Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. Islam juga distilahkan peraturan hidup yang mengatur hidup dan kehidupan manusia.

Definisi Islam juga dpt difahami ketika jibril dtg bertanya
Rasulullah tentang Islam:

“Ceritakan padaku (wahai muhammad) tentang islam”
Rasulullah menjawab “Engkau mengaku bhw tiada Tuhan
melainkan Allah Muhammmad ialah hamba dan pesuruh-Nya,
mendirikan solat, mengeluarjkan zakat, puasa bulan
ramadhan dan menunaikan haji ke baitullah jika engkau
mampu”


Secara mudahnya:

PENGERTIAN ISLAM

Mentauhidkan Allah, Tunduk dan Patuh KepadaNya serta menunaikan semua ajaran yang dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W.

Disini saya sertakan juga rukun Islam:

RUKUN ISLAM

1.  Mengucap dua kalimah syahadah.
2.  Sembahyang lima waktu sehari semalam.
3.  Berpuasa sebulan bulan Ramadhan.
4.  Mengeluarkan zakat.
5.  Menunaikan fardhu haji bagi yang berkemampuan.

Diharap para sahabat sekalian mengamalkan dan melakukan semua rukun Islam ini jika sahabat ingin benar-benar layak digelar sebagai org |ISLAM|

No comments:

Post a Comment